Thursday, September 22, 2011

rindu ku terubat juga

salam satu malaysia ..

lame gile tak lepak klcc . tengok gelagat orang pelancong-pelancong asing memang ramai gile .
tidak menjadi asing lah walaupun hari berkerja orang tetap ramai seperti hari bercuti pula .
sebenarnya aku sudah berjanji untuk bertemu seseorang rakan daripada (mukabuku
kalau awak baca blog saya ni saya nak ucap " terima kasih buat segalenye " " terima kasih kerana hadiah itu saye pasti akan menjagenye baik-baik" dan" maaf kerana saya sampai lambat" . Movie Johnny English memang terbaik kan awak .. Tapi kesian awak tak berape sihat dan selepas cerita itu awak terus pulang ke rumah . selepas menghantar dia ke bustop aku terus rayau-rayau dalam suria klcc tibe-tibe teringat my berukband da overlimit aku pergi lah maxis centre yang terletak di situ . haha nak di jadikan cerita mase tengah beratur itu staff maxis centre itu terus memanggil aku suruh ke kaunter dia tanpa beratur . brader-brader yang kat depan semua nya bengang je dengan aku *maaf ye bro orang oku haruslah di beri keutamaan .. haha .. inilah yang best bila oku atau bertongkat ngee ... tapi bila dah sampai kat kauter tu akak tu cakap cakap "encik dah terlebih bayar dah , balance encik pada kami ade RM 55.00 . " aish tu yang aku pelik .. kenape bila aku nak online dia tulis dah "overlimit" ea ? . Dan selepas itu aku sambung merayap lagi dalam Klcc tu . niat di hati nak tengok wayang lagi , tapi malas nya tengok sorang-sorang jadi aku pun call adam tanye dia kat mana aku cakap " aku sorang-sorang ni kau kat mana ? aku kat chow kit teman wafi . adam datang sini lah ea aku tunggu . dan adam pun cakap "okay aku datang " alhamdulilah akhir tidak keseorangan aku . dalam 1/2 jam selepas tu adam pon sampai , adam dengan wafi . jadi kami terus ke TGV nak tengok wayang . Adam dengan Wafi nak tengok cerita Johnny English " alamak adam aku baru je tengok tadi lah , takpe lah kalau kau nak tengok pergi jela aku nak tengok cerita bini-biniku gangster pukul 4.10 pm , takpela kalau macam tu kite orang follow jela , okayy cantek " lepas tu pergi lah kami ke kaunter and beli ticket gune student card . aduh time beli kali ini beria pulak staff tu nak tengok card matric bagai padahal kenal tapi buat-buat tak kenal dah la adam sorang je yang bawak card matric tu tapi selamat ada aya dia cover la aku thank you aya hehe . aku pulak nak pergi pejabat tgv nak tanye status duid aku kat sana hurm mulanya aku tanye kak rina supervisor tapi bole dia buat-buat tak kenal aku juga itu lah kan .. selamat manager baru tu baik dan dia yang layan aku tapi memang menghampakan . duwet tu dah takde dah hantar kat HQ aduh dekat RM156.00 lah jugak kot , kene tuntut ni . lagi-lagi duwet tengah takde ni . hehe .. so aku tanye manager yang baru tu dia kata kene call HQ dan dia bagi number phone HQ tu .. aku tak call lagi sebab mase tu dah petang sangat takpe esok pagi-pagi aku dah call . tuntut tetap tuntut woo .. hehe .. dah tamat cerita tuntut duid tu . sambung pula cerita aku kat klcc ... mase untuk show ada lagi 1/2 jam so kami buat keputusan untuk minum di foodcourt atas . okayy jam dah pukul 4.10 PM jom-jom tengok bini-biniku gangster . yeah .. ngee .. tengok punye tengok habis juga cerita itu best . dalam tu takde line then dapat 5 miscall from baba . lepas tu aku call balik and diaorang kat sogo dah nak ambil aku . then aku turun bawah tempat baba hantar aku tadi . dari sogo ke klcc mengambil mase dalam 1jam , biase lah kL jalan tak pernah dengan lengang dengan kenderaan kata je hari bebas kenderaan tapi berlambak jugak la . selamat adam dan wafi tunggu sehingga baba sampai tak lah bosan sangat duduk sorang-sorang kat luar tu . dalam pukul 7.00PM baru baba sampai . dan dalam perjalanan balik ke putrajaya aku tidur sahaja .. hehe .. sory saye penat berjalan .. ngee .. :)

thank you too Mr Ar.... for the give .. i appreciate .
pic di ambil di google kerana takde usb nak snap pic :)





JOHNNY ENGLISH

pengarah : Peter Howitt

  • pelakon utama nya ialah Rowan Atkinson iaitu pelakon pelawak kelakar Mr Bean
  • berkerja di MI7 sebagai ajen rahsia ala-ala james bond memang terbaik lakonan dia .
  • telah ditugaskan untuk menyesalkan satu masalah negara
  • mr bean pulak di katakan bersubahat dalam kes ini sampaikan semua orang cari dia
  • akhirnya telah terkantoi bahawa ada musuh dalam selimut ada ejen dalam M17 rupanye dalang semua ini
  • bermacam kisha lucu belaku dalam cerita ini .
  • memang best cerita ini lucu , menarik , suspek , dann best rugi sangat siape yang belum tengok
  • .







BINI-BINIKU GANGSTER

pengarah : Ismail Bob Hashim

  • Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka.
  • Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang.
  • Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembuyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster
  • Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
  • Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry
  • Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya
  • rupa-rupanya Reanna rupanya seorang ketua gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk membalas dendam pada manja kerana telah menyebabkan abangnya patah kaki.
  • tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam
  • akhirnya semua terjawab herry juga sebenarnya yang merancang segala-gala ape yang belaku ini . kerana herry ingin menyatukan semua puak-puak .
  • cerita ini best , macam cerita kongsi tagline pon sama "lu langsi wa kawin lagi " memang terbaik dan terbom . :)
  • P/s : nak tengok wayang lagiii

2 comments:

hana_dealova said...

gf rupanya. diam2! :)

fikri said...

mana ade gf .. Mr AR.....