Friday, September 30, 2011

malam yang.............

salam satu malaysia


hurm ..
malam yang sangat tension ..
mase memikirkan masa depan .
memang niat mereka baik untuk menentukan mase depan aku .
tapi satu yang aku harap .
please kali ini dengan naluri hati aku .
aku tahu aku tak pandai macam budak-budak lain ..
mereka berpelajaran .. belajar pandai ..
aku ape yang ada ?
berilah aku peluang sekali lagi untuk aku membuktikan kemampuan aku .
bagi aku habiskan pengajian aku 1 tahun lagi .
ini sahaja yang aku mintak .
selepas ini aku tak kisah if nak apply universiti-universiti .
aku perlukan sijil ini untuk aku pergi ke peringkat yang lebih tinggi .


*gambar di ambil di google .

if mereka membenarkan aku untuk aku meneruskan cita-cita dan impian aku ,
aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik keluarga .
aku nak bawak mama dan babah ke konvokesyen aku nanti . nak memegang segulung sijil dan itu lah harapan aku
.

aku jugak ingin menjadi seperti .



aku jugak punyai impian seperti remaja-remaja yang lain yang inginkan kejayaan buat diri mereka dan mase depan mereka .
akhir kata dari ku aku memohon seribu kerestuan dari mama dan babah untuk meneruskan pelajarkan dan meneruskan cita-cita aku ini .


p/s : ya allah aku memohon pada mu ya allah kau bukak lah pintu hati mama dan babah untuk aku terus berada di sini ya allah . ameenn"



4.30am
1/10/2011

Monday, September 26, 2011

hari terakhir sudah

salam 1 malaysia semua .

entri ini update di kuala lumpur .
sudah pulang ke negeri asal sudah ..
pagi ini(25/9/2011) bangun agak lewat sikit pukul 7.30am . bangun-bangun je lepak dekat hall rumah . borak-borak dan pukul 8.00am siap-siap untuk bersarapan di rumah paklong wazir. borak-borak dengan paklong maklong dan pengatin nye sekali ( nur dan hapis ) .
dan pukul 10.15am kami chekout dari homestay dan ke rumah paklong untuk bersalaman dengan paklong dan ambil maklong untuk ker kedai kopok lekor yang sedap di sini sedap ke.. .. dan selepas tu pergi jalan-jalan ke pasar payang ..
aku tak beli pape pon sebab tak nampak bende menarik yang nak di beli .
lepas tu kami gerak pulak ke balai polis marchang .. untuk jumpe banduan abe polis .. norman nurhalim . ngee ... makin kurus pulak mamat ni . agak tak makan ke ... mana kata aku gemuk .. sudah tentu la man . tengah cube nak tuffkan badan ni .. haha .. jangan ketawa ea .. tapi sayang boleh lupe pulak nak snap picture dengan abe polis kite . dan selepas lepak dengan man tu kami semua ke rantau abang . ingatkan nak tengok penyu berteloq tapi takdaq pulak .. hampa sekali .lepak-lepak sekejap kat pantai . air agak bahaya kat situ . tapi tak secantik kan teluk cempedak punye pantai lah .
dan teruskan perjalanan kami . dalam pukul 7lebih tu kami singgah kejap kat kuantan untuk makan . dan teruskan perjalanan kami . dalam pukul 11pm baru keluar lebuhraya karak . lame nye perjalanan kami , dalam pukul 11.30pm baru sampai putrajaya .
dan balik tu fikirkan nak update blog dan usha-usha jap blog kawan-kawan tapi boleh tertidur tanpa menshutdown laptop dan semalamam laptop tak off ..
hehe ..

p/s : teringin nak belajar dekat-dekat tepi laut mesti best

Sunday, September 25, 2011

hari yang agak ponat

salam satu malaysia ..
salam terakhir tergganu ..

hari last aku update blog kat tergganu kerna besok sudah mahu pulang ke kuala lumpur sudah ..
hari kedua di sini .. bangun seawal pukul 7.00AM .. walaupun semalam tidur agak lewat kerana bersembang-sembang .
pagi-pagi lepak kat hall .. sembang-sembang .. sampai jam 8 .00 am .. then kami ( babah , mama , pak abu , kak wati , pak joy , dan cik zul ) hanya satu kereta . lepas itu kami order roti canai untuk sedare yang lain yang tak ikut pergi sarapan . sementara menunggu roti siap di tebar . kami jalan-jalan dulu kat kawasan-kawasan situ .. akhirnya siap juga roti canai itu dan kami pulang semula ke homestay . dan kami berkumpul dekat 50 orang kerana rumah terlalu kecik tak boleh nak sumbat 50 orang sekali dalam satu masa . dan mereka semua makan .
kami borak-borak sehingga jam hampir pukul 11.00am , pastu paklong wazir call mengadakan bersanding pukul 11.00am . aik kenape awal sangat bersanding kat sini ek ? jadi jam dalam pukul 11lebih kami sampai ke tempat kenduri itu . kami sampai-sampai pengatin dah habis bersanding .. dan tengah makan beradab satu lagi yang aku pelik kenape makan beradab dier just enam orang sahaja termasuk pengatin . dan sebelah perempuan sahaja yang makan . ish makin pelik aku . dan pukul 12.30 pm tetamu dah mula kurang awal nye .. kalau tempat aku pukul 2.00pm baru nak bersanding kan ..
dan selepas itu kami pulang semula ke homestay pada pukul 1.15pm ..
sesampainya di homestay pada yang driver-driver tu mereka tidur dulu kerana petang karang nak keluar lagi jalan-jalan kat kuala tergganu . dan kami yang tak tidur nih cume bergosip berbual kosong sahaja .
pukul 3.00pm pak ngah sekeluarga pulak datang di homestay kami . alamak lupa pulak nak cerita aku kan sini tinggal di homestay yang di carik oleh paklong wazir untuk di duduki oleh 50orang ahli keluarganye .
sambung pulak cerita aku ye kami semua borak-borak dengan mak ngah then pak ngah pergi rumah sebelah .
dan selepas itu kami bersiap-siap lah kerana nak keluar ala aku simple jer tak payah nak bersiap sangat yang penting rambut mesti gempak .. hua3x ..
kami keluar daripada homestay pukul 4.00pm .. tempat pertama yang kami melawat adalah di masjid cristal kenape dier di namakan masjid cristal ea ? maaf malas nak carik dekat En Google .. selepas itu kami beli kopok lekor untuk kuyah-kuyah di dalam kereta ..
lepas itu lepak kat pantai .. best woo .. jangan ingat orang yang pakai tongkat tak boleh pergi pantai .. lama dah tak pergi pantai last pergi tahun lepas itu pun kami pergi PD dan di situ lah cerita bunga-bunga berlaku .. wahai en muhd hayyun fikri jangan ingat dah kisah lama tu semua daah lama berlalu . tak payah dok bercerita ye .. .. stop cerita kisah lama . lama juga kami lepak kat dari pukul 5lebih sehingga jam 7.00pm .. terbaik kan .. dah-dah moh kite pulang ke homestay .. time kami nak balik homestay tu . di trafic light beribu-ribu kot mat-mat rempit tengah merempit .. makyang aku cerita kat sini mereka start race dari pukul 6pm sehingga pukul
8pm sahaja . tapi mereka nye memang lah aku katakan kalah kL .. Aku ingat kat kl jer dashat rupanya kat sini lagi lah dashat .. hehe ..
sampai hostel dalam pukul 8.00pm dan kami lepak-lepak sehingga mama ajak pergi kedai kat area kampung-kampung ni je .
dinner kami pada malam ni adalah maggi curry .. nyum2 .. hehe .. dan supper roti kaya + biskut ..
dan selepas dinner kami teruskan lepaking kami dengan menonton tv .. cekerama time tu ..
dan ni aku baru dapat update blog . tapi maaf tak dapat publish sekarang kerana line broband sini memang macam beruk pun ..
so save je la dulu .. jam pulak sekarang dekat pukul 1.00pm .. aku mahuu tidur .. kerana pagi esok mahu ke kelantan pulak ... berjalan lagii ..
nytee all :)

12:34am
25/9/2011

Friday, September 23, 2011

jauh perjalanan luas pengetahuan

salam 1 malaysia ..
salam kuala tergganu ..

sudah dua hari bangun awal pagi .
hari ini pula di sebabkan nak berjalan jauh harap-harap lah aku selamat pergi dan selamat pulang .
janji nak gerak pukul 9.00AM .. biase lah janji melayu kan .. aku bangun pun pukul 9.00am .. hehe .. pukul 11.00am baru gerak daripada putrajaya ..
janji dengan pak abu nak tunggu dekat tol haiway karak .. kami berkonvoi dua kereta sahaja ..
tibe-tibe kami berasa lapar biase lah jam pun dah pukul 2.00pm kan mahu nya tak lapar .
jadi kami pun singgah kejap makan kat teluk cempedak ..
memang best lah pantai dia . permandangan pun menarik je . pada jam 3.30 kami meneruskan semula perjalanan kami yang ada lagi 200+ km lagi .. bapak jauhh lah .. dari kuantan ke kuala tergganu tu kami lalui jalan cherting .. best je lalu jalan-jalan tepi laut .. tapikan , aduhai lembu , kambing ni main melintas je .. tengok lah kiri kanan dulu kalau kena langgar tak ke naya ..
kami singgah pula di kemaman untuk beli keropok lekor kunyah- kunyah dalam keta ..
dan teruskan semula perjalanan kami .
gerak dari kuala lumpur pukul 11am pukul 7pm baru sampai pekan tergganu bapak lah sakit benar pingang , kaki aku di buatnya .. sampai-sampai kami terus ke rumah sedara kami tu untuk menjamu selera . dari kuala lumpur dua kereta bila sampai sini total-total kami 50orang .. raamai kan .. malam kami berkumpul bersembang-sembang sehingga jam 1.00 am inilah hari pertama ku di sini ..



10.55 AM
24-9-2011

Thursday, September 22, 2011

rindu ku terubat juga

salam satu malaysia ..

lame gile tak lepak klcc . tengok gelagat orang pelancong-pelancong asing memang ramai gile .
tidak menjadi asing lah walaupun hari berkerja orang tetap ramai seperti hari bercuti pula .
sebenarnya aku sudah berjanji untuk bertemu seseorang rakan daripada (mukabuku
kalau awak baca blog saya ni saya nak ucap " terima kasih buat segalenye " " terima kasih kerana hadiah itu saye pasti akan menjagenye baik-baik" dan" maaf kerana saya sampai lambat" . Movie Johnny English memang terbaik kan awak .. Tapi kesian awak tak berape sihat dan selepas cerita itu awak terus pulang ke rumah . selepas menghantar dia ke bustop aku terus rayau-rayau dalam suria klcc tibe-tibe teringat my berukband da overlimit aku pergi lah maxis centre yang terletak di situ . haha nak di jadikan cerita mase tengah beratur itu staff maxis centre itu terus memanggil aku suruh ke kaunter dia tanpa beratur . brader-brader yang kat depan semua nya bengang je dengan aku *maaf ye bro orang oku haruslah di beri keutamaan .. haha .. inilah yang best bila oku atau bertongkat ngee ... tapi bila dah sampai kat kauter tu akak tu cakap cakap "encik dah terlebih bayar dah , balance encik pada kami ade RM 55.00 . " aish tu yang aku pelik .. kenape bila aku nak online dia tulis dah "overlimit" ea ? . Dan selepas itu aku sambung merayap lagi dalam Klcc tu . niat di hati nak tengok wayang lagi , tapi malas nya tengok sorang-sorang jadi aku pun call adam tanye dia kat mana aku cakap " aku sorang-sorang ni kau kat mana ? aku kat chow kit teman wafi . adam datang sini lah ea aku tunggu . dan adam pun cakap "okay aku datang " alhamdulilah akhir tidak keseorangan aku . dalam 1/2 jam selepas tu adam pon sampai , adam dengan wafi . jadi kami terus ke TGV nak tengok wayang . Adam dengan Wafi nak tengok cerita Johnny English " alamak adam aku baru je tengok tadi lah , takpe lah kalau kau nak tengok pergi jela aku nak tengok cerita bini-biniku gangster pukul 4.10 pm , takpela kalau macam tu kite orang follow jela , okayy cantek " lepas tu pergi lah kami ke kaunter and beli ticket gune student card . aduh time beli kali ini beria pulak staff tu nak tengok card matric bagai padahal kenal tapi buat-buat tak kenal dah la adam sorang je yang bawak card matric tu tapi selamat ada aya dia cover la aku thank you aya hehe . aku pulak nak pergi pejabat tgv nak tanye status duid aku kat sana hurm mulanya aku tanye kak rina supervisor tapi bole dia buat-buat tak kenal aku juga itu lah kan .. selamat manager baru tu baik dan dia yang layan aku tapi memang menghampakan . duwet tu dah takde dah hantar kat HQ aduh dekat RM156.00 lah jugak kot , kene tuntut ni . lagi-lagi duwet tengah takde ni . hehe .. so aku tanye manager yang baru tu dia kata kene call HQ dan dia bagi number phone HQ tu .. aku tak call lagi sebab mase tu dah petang sangat takpe esok pagi-pagi aku dah call . tuntut tetap tuntut woo .. hehe .. dah tamat cerita tuntut duid tu . sambung pula cerita aku kat klcc ... mase untuk show ada lagi 1/2 jam so kami buat keputusan untuk minum di foodcourt atas . okayy jam dah pukul 4.10 PM jom-jom tengok bini-biniku gangster . yeah .. ngee .. tengok punye tengok habis juga cerita itu best . dalam tu takde line then dapat 5 miscall from baba . lepas tu aku call balik and diaorang kat sogo dah nak ambil aku . then aku turun bawah tempat baba hantar aku tadi . dari sogo ke klcc mengambil mase dalam 1jam , biase lah kL jalan tak pernah dengan lengang dengan kenderaan kata je hari bebas kenderaan tapi berlambak jugak la . selamat adam dan wafi tunggu sehingga baba sampai tak lah bosan sangat duduk sorang-sorang kat luar tu . dalam pukul 7.00PM baru baba sampai . dan dalam perjalanan balik ke putrajaya aku tidur sahaja .. hehe .. sory saye penat berjalan .. ngee .. :)

thank you too Mr Ar.... for the give .. i appreciate .
pic di ambil di google kerana takde usb nak snap pic :)





JOHNNY ENGLISH

pengarah : Peter Howitt

  • pelakon utama nya ialah Rowan Atkinson iaitu pelakon pelawak kelakar Mr Bean
  • berkerja di MI7 sebagai ajen rahsia ala-ala james bond memang terbaik lakonan dia .
  • telah ditugaskan untuk menyesalkan satu masalah negara
  • mr bean pulak di katakan bersubahat dalam kes ini sampaikan semua orang cari dia
  • akhirnya telah terkantoi bahawa ada musuh dalam selimut ada ejen dalam M17 rupanye dalang semua ini
  • bermacam kisha lucu belaku dalam cerita ini .
  • memang best cerita ini lucu , menarik , suspek , dann best rugi sangat siape yang belum tengok
  • .







BINI-BINIKU GANGSTER

pengarah : Ismail Bob Hashim

  • Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka.
  • Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang.
  • Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembuyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster
  • Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
  • Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry
  • Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya
  • rupa-rupanya Reanna rupanya seorang ketua gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk membalas dendam pada manja kerana telah menyebabkan abangnya patah kaki.
  • tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam
  • akhirnya semua terjawab herry juga sebenarnya yang merancang segala-gala ape yang belaku ini . kerana herry ingin menyatukan semua puak-puak .
  • cerita ini best , macam cerita kongsi tagline pon sama "lu langsi wa kawin lagi " memang terbaik dan terbom . :)
  • P/s : nak tengok wayang lagiii

Wednesday, September 21, 2011

pemergian nya di rasai

salam satu malaysia

pagi-pagi-pagi dah dapat call daripada anak buah aku nabilah . she said
"my grandmother was died in the morning"
itu juga bermakne mak tua aku yang aku anggap nenek aku sendiri telah kembali ke ramatullah . AL- FATIHAH . tapi walau bagaimana pun kite yang hidup ini haruslah meneruskan kehidupan seperti biase . yang hidup pasti akan mati . kami ( babah , mama kak wati dan nabilah ) bertolak daripada segamat jam 10pagi . babah punye "rushing" sampai bawak 140 km/j semata-mata untuk mengejar untuk mengerjakan solat jenazah selepas waktu zuhor . tapi agak mengecewakan kerana my sista ain demuk tidak tahu jalan untuk ke Kampung . jadi terpakse la kami tunggu di rumahku syurgaku Putrajaya . tunggu punye tunggu akhirnya demuk sampai pada jam 1.00 pm . so sekali lagi babah drive rushing terus ke Kampung Baru . tapi hampa sekali kerana kami tak dapat untuk memberi penghormatan terakhir buat mak tua kerana bile kami sampai jenazah dah di bawa ke kubur .. kami pula rushing ke kubur depan KLCC memang khas buat penduduk Kampung Baru apabila kami sampai mak tua dah selamat di kebumikan . semuanye lancar walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kami teruskan dengan bacaan talkin . Dan apabila semua selesai kami sempat melawat kubur atok dan nenek . daripada kubur itu kami pulang semula ke Kampung baru ingat kan nak jumpa mak ngah tapi mak ngah sudah pulang . so babah dan mama berbual kosong . dan kami meminta diri untuk pulang .
12.20am
22/9/2011

p/s : each of the living will surely die

Tuesday, September 20, 2011

kisah berkaki empat

salam 1 malaysia



selamat petang semua .
nak share ape ek pada kamu semua hari ini ?
mehlah aku cari kisah seorang lelaki berkaki empat selama lima bulan ..
sebulan dua berkaki empat ni sumpah best + syok kerana menjadi terkenal sekejap ...
but bile dah masuk bulan ke tiga berasa malu + bosan yang teramat ..
kerana kerja seharian aku hanya berada di depan LAPTOP sahaja ... dan mengadap muka buku setiap hari ...
sehingga kadang-kadang terpk " "bodohnye lah aku ni tak geti bawak motor nak bawak motor "

hehe ..
tapi lame-lame macam ni memang bosan yang teramat-amat .. tak pasal-pasal kene extend study .. dah 2 semester kot aku cuti ..
bila macam ni ingat ada lah kawan-kawan datang menegok tapi habuk pon takde sabar je la labu . segale rancangan-rancangan yang plan aku plan dari awal
semua musnah . menyesal pun ada .. huhu .. tapi kalau bukan kerana aku berkaki empat ini gerenti aku tak akan berpuasa dengan mama dan baba..dan maybe ini ramadhan ku yang terakhir..
tapi segale runtin harian aku sebagai pelajar terpakse lah aku berhentikan buat sementara waktu .. rinduu kot runtin harian lama aku tu .. tapi alhamdulilah aku punyai keluarga dan sahabat
yang sentiase mendoakan aku dan memberi aku semangat untuk meneruskan kehidupan aku walaupun aku berkaki empat .. ini aku ada selitkan sikit sikit picture semasa aku baru lepas buat pembedahan.






kene puasa sebab pukul 2pm nak operate ngeee




ontheway pegi oprte ..


alhamdulilah ni gambar selepas seminggu oprate di jalankan aku hanya mengunakan wildchair selama dua hari sahaja ..






setelah 4 bulan operate .. gambar ini di ambil semasa hari jadi aku pada bulan 7 haritu .



dan kini alhamdulilah kini aku dah pakai sebelah tongkat sahaja .. dah boleh sepuluh langkah dah jalan tak payah pakai tongkat tapi jalan sangat macam robot so amek keputusan pakai tongkat sampai elok hehe ..
itulah sedekit sebanyak mengenai "SEORANG LELAKI BERKAKI EMPAT" ..
dan tarikh 15-04-2011 akan aku sematkan di dalam hati ...
kenangan kan tu semua ..
and maaf kalau entri aku agak celaru kerana baru lagi dalam dunia blog ..

6.43
20/9/2011




p/s : ada orang kata kalau dah pernah mengalami kemalangan makin teror bawak motor .. tapi yeke ?

Monday, September 19, 2011

cuti panjang sudah habis



salam 1 malaysia semua

...
salam perkenalan pada yang baru follow my blog (itu pun kalau ada yAng nak follow ) ...
cuti panjang aku dalam dunia blogger sudah habis ...
so sekarang masa untuk aku mencatat/menulis/mencerita kembali ...
walaupun aku dah lama buat blog tapi aku masih baru dalam dunia blog ni ..
if ada salah dan silap ingin aku meminta pentujuk daripada otai-otai blogger ni ...
rasenye "better" aku mulakan catatan aku pada kali ini dengan "men'introduce" "my self" okay ..
nama aku muhd hayyun fikri .. kowang boleh panggil aku "fikri" ..
aku asal segamat johor ...berumur 19tahun .. lahir padA 17 julai 1992 ...
aku masih stdy dekat gombak ambil couse IT but dalam mase ni masih bercuti panjang kerana keadaan tidak mengizinkan ..
hurm ... kalau ada ape-ape yang ingin kowang bertanye lagi .. just komen k ...
i.allah aku akan jawab .. :)

wasalam ...
20/9/20 11
1.54AM